DANA DIPERLUKAN SEGERA!
Bantu Sempurnakan Surau dan Kelas Pengajian Sebelum Akhir 2026

RM 200,000.00 Dana Diperlukan Untuk Sempurnakan Keperluan Surau
Alhamdulillah pembinaan surau Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh hampir sempurna dan bakal dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah. Seramai 300 orang pelajar yang akan memuatkan surau di Madrasah ini.
Surau kini dalam proses mengumpul dana untuk :
1. Kelengkapan kelas iaitu kerusi & meja
2. Kelengkapan bilik guru
3.Pembelian P.A sistem
4. Membina longkang dan Tar halaman surau
Jom sama-sama kita penuhi keperluan surau untuk kegunaan anak-anak tahfiz di Madrasah Al Quran At Tanwiriah.

Alhamdulillah gerak kerja pembinaan surau berjalan dengan lancar namun masih ada keperluan surau yang masih belum lengkap
.gif)
.gif)
AYUH JADI SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA YANG MEMBANTU MENYEMPURNAKAN PEMBINAAN SURAU INI.
KENALI MADRASAH AT-TANWIRIAH
Tertubuhnya madrasah ini dengan 1 hasrat besar.
Almarhum Tuan Guru Haji Hasbullah Bin Haji Saleh, selaku pengasas Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, berimpian membina sebuah tahfiz yang merangkumi ilmu pembelajaran pelajar sekolah rendah sehingga sekolah menengah serta memberikan pendidikan agama percuma kepada anak-anak asnaf yang memerlukan.
ALHAMDULILLAH, IMPIAN HAMPIR TERLAKSANA
Dengan sokongan Tuan Puan hari ini, insya-Allah segala operasi dan kebajikan warga madrasah disini akan terjaga rapi. Terletak di Jalan Temenggong Ahmad , Parit Jawa, Johor, keistimewaan pengajian di Madrasah At-Tanwiriah dapat dilihat dengan 3 teknik pembelajaran utama yang berfokus seperti pendidikan tahfiz, diniah dan akademik.
.jpg)
Sebagai tanda penghargaan, kami akan membacakan setiap doa dan hajat para penyumbang di dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khatam Al-Quran setiap bulan. Selepas menyumbang, Tuan Puan boleh selitkan doa dan hajat Tuan Puan di nombor telefon yang tertera di bawah.
(Tekan Video Untuk Menonton)
.jpg)
.gif)
