SEDEKAH RAMADAN BANTU PEMBANGUNAN ASRAMA & KEBAJIKAN ANAK-ANAK ASNAF MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT-TANWIRIAH
TAHNIAH! KERANA PEMBERIAN IKHLAS ANDA BUKAN HANYA MENGHADIRKAN DUNIA BUAT MEREKA, TETAPI DOA DAN SUMBANGAN BUAT ANAK-ANAK YANG MENGHAFAL AL-QURAN INI SEMOGA MENGHADIRKAN SYURGA UNTUK ANDA
April 2021, kita kini sekali lagi diberi peluang dan nikmat berada di dalam bulan Ramadan al-Mubarak yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Inilah bulan yang amat kita rindukan untuk beribadah dan beramal di dalamnya, yang mana pahalanya sudah dijanjikan Allah akan dilipat-gandakan.
Anak-anak tahfiz sedang tasmi' Al-Quran antara satu sama lain dalam norma baru.
Di bulan yang mulia ini, tahukah anda tentang hasrat AI-Fadhil Tuan Guru Hasbullah Bin Haji Salleh? Ya, hasrat Al-Fadhil Tuan Guru telah berjaya mewujudkan sebuah institusi pengajian Tahfiz AI-Quran di Parit Jawa, Muar.
Anak-anak MTAQ At-Tanwiriah mendengar penerangan daripada guru yang mengajar di dalam kelas mereka.
5 Januari 2009 bermulalah pengambilan pelajar-pelajar di peringkat Sekolah Rendah Islam, kemudian Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah terus berkembang dan mengorak langkah dengan menubuhkan Sri Aulad pada tahun 2014 dan Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) pada tahun 2015.
Pada Tahun 2018 MTAQ At-Tanwiriah kemudian terus mengatur langkah menubuhkan penempatan yang dikenali sebagai Madrasah Syahadah Tahfiz AI-Hidayah untuk persediaan pelajar menyambung pengajian ke luar negara.
Anak-anak madrasah sedang menelaah pelajaran di dalam kelas mereka.
Anak-anak tahfiz sedang melakukan tugasan yang diberikan dalam kelas yang serba kekurangan.
Dana yang diperlukan MTAQ At-Tanwiriah adalah sebanyak:
RM 2 JUTA
Bertujuan untuk:
PEMBANGUNAN ASRAMA MTAQ AT-TANWIRIAH
&
TAJAAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ASNAF KURANG BERKEMAMPUAN
ILUSTRASI ASRAMA YANG AKAN DIBINA
TAJAAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ASNAF KURANG BERKEMAMPUAN
Jumlah keseluruhan tajaan untuk anak-anak asnaf tahfiz melibatkan kos yuran, asrama, aktiviti, makan minum, dobi dan sebagainya.
✅ SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ = RM480/SEORANG (SEBULAN)
✅ TAHFIZ SEPENUH MASA = RM450/SEORANG (SEBULAN)
✅ SEKOLAH RENDAH TAHFIZ = RM180/SEORANG (SEBULAN)
Pihak madrasah amat mengalu-alukan sumbangan seikhlas hati buat anak-anak tahfiz terutama golongan asnaf ini secara bulanan dan tetap. InsyaAllah, dengan sumbangan ini dapat membantu anak-anak asnaf tahfiz untuk menuntut ilmu agama dan akademik secara berterusan.
Anak-anak tahfiz sedang beratur untuk mengambil makanan untuk mengisi perut mereka atas sumbangan & tajaan para penyumbang.
Anak-anak asnaf tahfiz sedang menikmati juadah dengan berselera sekali atas sumbangan anda semua.
Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Bahkan amal ini sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana pada bulan yang mulia ini Allah Taala menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
MAYBANK BERHAD
5510 4303 1018
MADRASAH AT TANWIRIAH
*Sila letakkan reference "Asnaf" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Semoga dengan setiap harta dan wang ringgit yang disumbangkan terutama di bulan Ramadan ini membuahkan pahala yang berterusan dan tidak pernah habis buat penyumbang semua.
INGIN BERWAKAF UNTUK DIRI SENDIRI? ATAU NAK HADIAHKAN SESUATU PALING BERMAKNA BUAT IBU BAPA? SILA LIHAT DI BAWAH.
PIHAK MTAQ AT TANWIRIAH JUGA MENAWARKAN PAKEJ SUMBANGAN SERENDAH RM10 & PAKEJ LAIN SEMPENA BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi +60 11-20712471.