"KAMI PERLUKAN RUANG SOLAT YANG LUAS & SELESA
UNTUK RAMADAN 2025.."
KENALI MADRASAH AT-TANWIRIAH
Tertubuhnya madrasah ini dengan 1 hasrat besar.
Almarhum Tuan Guru Haji Hasbullah Bin Haji Saleh, selaku pengasas Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, berimpian membina sebuah tahfiz yang merangkumi ilmu pembelajaran pelajar sekolah rendah sehingga sekolah menengah serta memberikan pendidikan agama percuma kepada anak-anak asnaf yang memerlukan.
"BANTU SEGERA..."
Kini, kami dalam proses pembinaan surau Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh yang akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah. Seramai 300 orang pelajar yang akan memuatkan surau di Madrasah ini.
Bayangkan bila masuknya bulan Ramadan nanti, ruang solat ini akan sentiasa dihidupkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran, solat berjemaah, Tarawih dari anak-anak tahfiz di sini.
Nak tak, akaun amalan kita bertambah tanpa sedar?
Jom wakaf sekarang, sama-sama kita bina ruang surau yang selesa untuk anak-anak tahfiz di Madrasah Al Quran At Tanwiriah.
PELAN SURAU
Jumlah dana yang diperlukan untuk menyiapkan pembinaan fasa 1, surau ini ialah
RM 500,000
Terbaru pihak sekolah telah menerima surat tuntutan bayaran kemajuan pembinaan surau daripada syarikat kontraktor sebanyak RM 153,235.00
Jika bayaran ini tidak dapat dilunaskan dengan segera, pihak sekolah risau kerja-kerja pembinaan surau akan TERGENDALA
Untuk pengetahuan semua, pembinaan surau Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh merupakan pembinaan fasa 1 dan akan diteruskan dengan pembinaan fasa 2 iaitu asrama pelajar dan fasa 3 iaitu rumah guru (warden).
Selain daripada pembinaan surau, kami juga membuka tabung kebajikan buat para asnaf yang belajar di madrasah kami
Kami juga membuka tajaan untuk Ihya' Ramadan pada tahun ini buat Tuan Puan yang sudi berkongsi suapan rezeki
xcvdv
cdscKASBAB KEKURANGAN DANA, KEBAJIKAN PELAJAR DAN SURAU INI AKAN TERJEJAS!
ALHAMDULILLAH, IMPIAN HAMPIR TERLAKSANA
Dengan sokongan Tuan Puan hari ini, insya-Allah segala operasi dan kebajikan warga madrasah disini akan terjaga rapi. Terletak di Jalan Temenggong Ahmad , Parit Jawa, Johor, keistimewaan pengajian di Madrasah At-Tanwiriah dapat dilihat dengan 3 teknik pembelajaran utama yang berfokus seperti pendidikan tahfiz, diniah dan akademik.
Sebagai tanda penghargaan, kami akan membacakan setiap doa dan hajat para penyumbang di dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khatam Al-Quran setiap bulan. Selepas menyumbang, Tuan Puan boleh selitkan doa dan hajat Tuan Puan di nombor telefon yang tertera di bawah.
(Tekan Video Untuk Menonton)